Friday, October 30, 2009

PicSss~~2008(4A1)











Saturday, October 17, 2009

Sunan Trilogy..










Salam..alhamdulillah..di sini ak ingin mengucapkan syukur pd Allah krn memberiku pluang ntuk membaca novel trilogi terulung karya Ramlee Awang Mursyid iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta..


Ak begitu kagum dengan kehebatan dan kewarakan salah seorang watak dalam novel ini. Siapa lagi kalau bukan Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan! Ak bace novel ni pun sbb terjumpa yg bdk fom3 pnye. Dan memang x rugi membacanye coz byk isi-isi yang berfaedah dan nilai-nilai yg trkandung di dalamnya..



Mgkin ade yg x tau dan x prnah bace pun novel2 ni kan..meh la ak story cket..ia mengisahkan tentang pengembaraan tiga orang watak utama neh, Laksama Sunan, Haryani dan juga Dani dalam mencari cinta sejati dan juga menentang penyembah-penyembah syaitan yang sentiasa menghantui dan juga mengejar mereka di mana-mana sahaja. Ia juga pengembaraan merentasi masa yang tidak dapat dijangkaui oleh pemikiran manusia, dan ia bukan menggunakan mesin merentas masa atau ilmu hitam, tetapi semua adalah kurniaan daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang taat.



Dan bagi sape yg dah bace novel ni cam ak..pasti ade yg terpegun dengan hamba Allah yang berasal daripada Kampung Punggor dan berguru di Acheh neh, dah la warak, alim, penyabar, sentiasa tersenyum dan macam-macam lagi la sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri beliau. Dan yg paling ak respek ialah beliau sentiasa bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang beliau lakukan, mahupun setelah dipuji terhadap kehebatan beliau dalam ilmu seni persilatan, tapi beliau tetap merendah diri dan menyerahkan setiap pujian itu kepada Yang Maha Esa. Setiap perlakuan beliau juga banyak mengikut sunnah-sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.



"Ya.. alhamdulillah dengan izin Allah. Kebaikan itu pasti menang walau sejuta kejahatan itu menakluk dunia"



Begitulah hebatnya Laksama Sunan yang digambarkan oleh novelis kita, Ramlee Awang Mursyid. Sampai membuat ak tersedar betapa hina dan kerdilnya kita di sisi Allah. Jikalau terdapat seorang hamba Allah yang beperwatakan seperti Laksama Sunan, memang ak respek ar! Dan ak juga akan berusaha untuk menjadikan diri ini sebagai seorang hamba yang lebih taat kepada Allah. InsyaAllah.. ;)




Tuntasnya, ak nk sarankan pd sape2 yg blom bace novel2 ni,start ngan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta, supaya bace dan hayatilah penceritaannya dgn spenuh hati..memang rugi la kalau sape tak baca sebab ini bukan sekadar novel cinta biasa, tetapi juga novel yang membawa kita kepada cinta Yang Maha Esa, Rabb yang menguasai hak cinta itu sndiri. Semoga kita semua diberkati oleh Allah.



"Mati Itu Pasti... Hidup InsyaAllah..."



" Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia,sejalan nafas melangkah ke hujung " ..kau bagaikan puteri...*******