Saturday, January 24, 2009

History of Liverpo0l FC..YNWA

Liverpool ditubuhkan kesan daripada pertikaian antara Everton FC dengan pemilik gelanggang mereka, Anfield pada tahun 1892. Pertikaian tersebut menyaksikan hampir kesemua Evertonians meninggalkan Anfield dan menubuhkan gelanggang mereka sendiri di kawasan berhampiran, Goodison Park. Selepas itu, pemilik tanah di Anfield, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri, yang pada mulanya dipanggil Liverpool Association FC pada bulan Mac tahun 1892.


Kini, Liverpool F.C. (biasanya dipanggil sebagai Liverpool sahaja) adalah sebuah kelab bola sepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat Laut di England.



Liverpool telah menjadi kelab bola sepak paling berjaya di England setelah memenangi kejuaraan liga sebanyak 18 kali. Asas kepada kejayaan mereka tanpa ragu dirujuk kepada Bill Shankly, pengurus Liverpool, yang ketika itu beraksi di divisyen dua pada tahun 1959. Setelah meraih kenaikan pada tahun 1962, Shankly telah membawa The Reds merangkul kejuaraan liga sebanyak 3 kali, 2 Piala FA dan trofi Eropah mereka yang pertama, Piala UEFA sebelum menyerahkan rejim pengurusan kepada Bob Paisley pada tahun 1974 selepas 15 tahun menerajui Liverpool.


Paisley membawa kejayaan lebih gemilang apabila Liverpool mendominasi persada bola sepak pada lewat 1970-an dan awal 1980-an. Begitu pun pencapaian terbaiknya adalah di saingan Eropah, sewaktu Liverpool merampas semula Piala UEFA tahun 1976 sebelum menjadi pasukan Inggeris kedua yang menjuarai Piala Eropah berturut-turut, menewaskan Borussia Moenchengladbach 3-1 pada 1977.



Ia menjadi titik permulaan kepada tempoh dominasi pasukan Inggeris dalam kejohanan ini dengan Liverpool sendiri meraih 3 lagi kejuaraan pada tahun-tahun berikutnya. Kenny Dalglish membawa kelab mencatatkan kejuaraan berganda pada tahun 1986 dan kekal bersama kelab sehinggalah dia meletak jawatan pada tahun 1991. Tahun berikutnya menjadi permulaan hambar Liverpool dalam beberapa musim, namun mereka masih mampu menjuarai dua kejuaraan piala peringkat domestik sepanjang tempoh tersebut.



Roy Evans meneruskan tradisi "Bootroom" apabila dia mengambil alih jawatan pengurus daripada Graeme Souness pada tahun 1994, dan dia telah membina sebuah pasukan muda yang berbakat, namun mereka berterusan membuat pencapaian di bawah tahap sebenar, menyebabkan pasukan menerima gelaran "Spice Boys" kerana jersi yang menyilau serta persembahan dahsyat mereka ketika kekalahan di tangan Manchester United dalam final Piala FA tahun 1995. Tahun 1998 menyaksikan Evans menerima bantuan daripada jurulatih Perancis, Gerard Houllier untuk menjadi pengurus bersama dalam tempoh yang agak singkat kerana Evans membuat keputusan meletak jawatan, meninggalkan Houllier bertugas sendirian.



Houllier memberikan inspirasi kepada The Reds untuk memenangi treble, merangkul Piala FA, Piala Liga dan Piala UEFA dalam musim 2000/2001. Satu lagi kejuaraan Piala Liga menyusul pada tahun 2003, namun kegagalan memberikan tentangan sengit dalam usaha merangkul kejuaraan utama telah menyebabkan pengurus ini hilang jawatannya pada musim panas tahun 2004. Pengurus dari Sepanyol, Rafael Benitez masuk menggantikan Houllier dan dalam musim pertamanya, Benitez membawa The Reds meraih semula penghormatan di peringkat Eropah dengan kemenangan dramatik di final Liga Juara-juara Eropah mengalahkan AC Milan pada tahun 2005.


Dalam tahun 2005-06, Liverpool mengumpul 82 mata, jumlah mata paling tinggi dikumpul oleh Liverpool sejak permulaan Liga Perdana. Liverpool juga menang Piala F.A. selepas menewaskan West Ham juga dengan sepakan penalti.


Tahun 2006-07 menyaksikan Liverpool kembali berjaya ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah dan sekali lagi menentang AC Milan yang berjaya ke pusingan akhir setelah membenam Manchester United dengan argregat 5-3. AC Milan dijangka akan cuba untuk membalas dendam kekalahan mereka 2 tahun lalu, yang menyaksi Liverpool memenangi Piala Eropah di malam perlawanan paling hebat di dalam sejarah Piala Eropah. Final Piala Juara Juara Eropah yang berlangsung di Athen itu dimenangi oleh pasukan A.C milan dengan jaringan 2-1. Kedua dua gol Ac Milan dijaringkan oleh Fillipo Inzaghi dan Dirk Kuyt menjaringkan satu gol untuk Liverpool.