Thursday, December 24, 2009

The Reds di'tendang' dari Big Four




These are dark days for Liverpool..hhaha. Mahal doh ayat starting. Wokeh. Bahasa Melayu pulok. Liverpool, sebuah kelab yang diramal akan berjaya dalam Champions League sebelum ni, hanya menang 4 je dari 17 match dalam semua pertandingan dan jatuh ke anak tangga ke-8 liga, 8 mata di bawah Aston Villa yang menghuni tangga ke-4. Dapat kita simpulkan di sini bahawa tanpa ragu2 lagi, yang ini adalah satu senario yang paling teruk pernah terjadi dalam karier Rafael Benitez,pengurus kelab tersebut.(ayt surat kabow)


Jadi di saat ini,saya sebagai peminat Liverpool sejak tahun 2002(darjah4),memanglah rasa agak tertekan dengan prestasi semasa kelab tersebut tetapi tidaklah sampai ke tahap untuk menyepak tv,mengerat bunga dan memakan maggi goreng. Cuma terdetik di hati kudus saya untuk mencarut dan mengutuk sedikit percaturan yang telah dibuat oleh Benitez yang kadangkala tidak masuk akal dan seperti mengundang musibah. Cuba anda bayangkan, skuad sama yang menduduki tangga ke-2 dan hampir2 memenangi kejuaraan liga pada musim lepas, sudah mengalami 7 kekalahan dalam liga termasuk yang terbaru 2-0 kepada pasukan tercorot, Portsmouth.

So, mari saya senaraikan beberapa sebab musabab dan faktor yang mendorong kepada tercetusnya senario ini:


*Perbalahan antara pemilik kelab, Tom Hicks dan George Gillett yang tiada kesudahan.
* Bebanan hutang yang tinggi. (240m pound)
*Krisis kecederaan pemain. (Kebanyakannya bek)
*Kehilangan Xabi Alonso ke Real Madrid.
*Benitez tidak yakin untuk menurunkan pembelian terbarunya, Alberto Aquilani. (20m pound)
*Ketiadaan penjaring gol bagi menggantikan Torres dan Gerrard yang tercedera lama.
*Penurunan prestasi Carragher dan Agger pada bahagian set-piece.
*Nasib yang buruk. (bola merah..parokk)


Kebanyakan fanatik2 Liverpool kini sedang membuat rusuhan di balai polis dan bomba berhampiran supaya Rafael Benitez dipecat daripada menguruskan Liverpool. Mereka membawa bersama sepanduk sambil melaungkan kata2 yang kurang enak didengar. Tetapi kata Ian Rush,legenda Liverpool yang pernah menjaringkan gol sebanyak 346 daripada 660 perlawanan: "Memecat seseorang pengurus bukanlah jalan penyelesaian yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut. Kamu perlu berada di belakangnya bukannya menentangnya."


Bertentangan dengan hal itu, terdapat juga penyokong Liverpool yang masih setia menyokong Benitez dan menyalahkan pemilik kelab sebagai penyebab kepada kehancuran kelab ini. Hutang yang ditanggung mereka terlalu besar dan menyebabkan tiada dana untuk diperuntukkan bagi membawa masuk pemain2 yang berkualiti dan berpotensi untuk menyinar.


Diharapkan kepada semua Liverpudlians dan Merseysiders Reds(yg Islam je),buatlah sembahyang hajat dan berdoalah agar kemelut yang melanda pasukan kita ini dapat diatasi dengan seberapa segera. Kita nantikan beramai-ramai kemenangan Liverpool ke atas Wolverhampton Wanderers pada hari Sabtu ni bersempena dengan Hari Asyuura(jom pose rmai2,tp klu kaloh wat syp dh arr..huhu).


Sekian dari saya. Wassalam.

~YNWA~