Thursday, December 24, 2009

The Reds di'tendang' dari Big Four




These are dark days for Liverpool..hhaha. Mahal doh ayat starting. Wokeh. Bahasa Melayu pulok. Liverpool, sebuah kelab yang diramal akan berjaya dalam Champions League sebelum ni, hanya menang 4 je dari 17 match dalam semua pertandingan dan jatuh ke anak tangga ke-8 liga, 8 mata di bawah Aston Villa yang menghuni tangga ke-4. Dapat kita simpulkan di sini bahawa tanpa ragu2 lagi, yang ini adalah satu senario yang paling teruk pernah terjadi dalam karier Rafael Benitez,pengurus kelab tersebut.(ayt surat kabow)


Jadi di saat ini,saya sebagai peminat Liverpool sejak tahun 2002(darjah4),memanglah rasa agak tertekan dengan prestasi semasa kelab tersebut tetapi tidaklah sampai ke tahap untuk menyepak tv,mengerat bunga dan memakan maggi goreng. Cuma terdetik di hati kudus saya untuk mencarut dan mengutuk sedikit percaturan yang telah dibuat oleh Benitez yang kadangkala tidak masuk akal dan seperti mengundang musibah. Cuba anda bayangkan, skuad sama yang menduduki tangga ke-2 dan hampir2 memenangi kejuaraan liga pada musim lepas, sudah mengalami 7 kekalahan dalam liga termasuk yang terbaru 2-0 kepada pasukan tercorot, Portsmouth.

So, mari saya senaraikan beberapa sebab musabab dan faktor yang mendorong kepada tercetusnya senario ini:


*Perbalahan antara pemilik kelab, Tom Hicks dan George Gillett yang tiada kesudahan.
* Bebanan hutang yang tinggi. (240m pound)
*Krisis kecederaan pemain. (Kebanyakannya bek)
*Kehilangan Xabi Alonso ke Real Madrid.
*Benitez tidak yakin untuk menurunkan pembelian terbarunya, Alberto Aquilani. (20m pound)
*Ketiadaan penjaring gol bagi menggantikan Torres dan Gerrard yang tercedera lama.
*Penurunan prestasi Carragher dan Agger pada bahagian set-piece.
*Nasib yang buruk. (bola merah..parokk)


Kebanyakan fanatik2 Liverpool kini sedang membuat rusuhan di balai polis dan bomba berhampiran supaya Rafael Benitez dipecat daripada menguruskan Liverpool. Mereka membawa bersama sepanduk sambil melaungkan kata2 yang kurang enak didengar. Tetapi kata Ian Rush,legenda Liverpool yang pernah menjaringkan gol sebanyak 346 daripada 660 perlawanan: "Memecat seseorang pengurus bukanlah jalan penyelesaian yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut. Kamu perlu berada di belakangnya bukannya menentangnya."


Bertentangan dengan hal itu, terdapat juga penyokong Liverpool yang masih setia menyokong Benitez dan menyalahkan pemilik kelab sebagai penyebab kepada kehancuran kelab ini. Hutang yang ditanggung mereka terlalu besar dan menyebabkan tiada dana untuk diperuntukkan bagi membawa masuk pemain2 yang berkualiti dan berpotensi untuk menyinar.


Diharapkan kepada semua Liverpudlians dan Merseysiders Reds(yg Islam je),buatlah sembahyang hajat dan berdoalah agar kemelut yang melanda pasukan kita ini dapat diatasi dengan seberapa segera. Kita nantikan beramai-ramai kemenangan Liverpool ke atas Wolverhampton Wanderers pada hari Sabtu ni bersempena dengan Hari Asyuura(jom pose rmai2,tp klu kaloh wat syp dh arr..huhu).


Sekian dari saya. Wassalam.

~YNWA~

Friday, October 30, 2009

PicSss~~2008(4A1)











Saturday, October 17, 2009

Sunan Trilogy..










Salam..alhamdulillah..di sini ak ingin mengucapkan syukur pd Allah krn memberiku pluang ntuk membaca novel trilogi terulung karya Ramlee Awang Mursyid iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta..


Ak begitu kagum dengan kehebatan dan kewarakan salah seorang watak dalam novel ini. Siapa lagi kalau bukan Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan! Ak bace novel ni pun sbb terjumpa yg bdk fom3 pnye. Dan memang x rugi membacanye coz byk isi-isi yang berfaedah dan nilai-nilai yg trkandung di dalamnya..



Mgkin ade yg x tau dan x prnah bace pun novel2 ni kan..meh la ak story cket..ia mengisahkan tentang pengembaraan tiga orang watak utama neh, Laksama Sunan, Haryani dan juga Dani dalam mencari cinta sejati dan juga menentang penyembah-penyembah syaitan yang sentiasa menghantui dan juga mengejar mereka di mana-mana sahaja. Ia juga pengembaraan merentasi masa yang tidak dapat dijangkaui oleh pemikiran manusia, dan ia bukan menggunakan mesin merentas masa atau ilmu hitam, tetapi semua adalah kurniaan daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang taat.



Dan bagi sape yg dah bace novel ni cam ak..pasti ade yg terpegun dengan hamba Allah yang berasal daripada Kampung Punggor dan berguru di Acheh neh, dah la warak, alim, penyabar, sentiasa tersenyum dan macam-macam lagi la sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri beliau. Dan yg paling ak respek ialah beliau sentiasa bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang beliau lakukan, mahupun setelah dipuji terhadap kehebatan beliau dalam ilmu seni persilatan, tapi beliau tetap merendah diri dan menyerahkan setiap pujian itu kepada Yang Maha Esa. Setiap perlakuan beliau juga banyak mengikut sunnah-sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.



"Ya.. alhamdulillah dengan izin Allah. Kebaikan itu pasti menang walau sejuta kejahatan itu menakluk dunia"



Begitulah hebatnya Laksama Sunan yang digambarkan oleh novelis kita, Ramlee Awang Mursyid. Sampai membuat ak tersedar betapa hina dan kerdilnya kita di sisi Allah. Jikalau terdapat seorang hamba Allah yang beperwatakan seperti Laksama Sunan, memang ak respek ar! Dan ak juga akan berusaha untuk menjadikan diri ini sebagai seorang hamba yang lebih taat kepada Allah. InsyaAllah.. ;)




Tuntasnya, ak nk sarankan pd sape2 yg blom bace novel2 ni,start ngan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta, supaya bace dan hayatilah penceritaannya dgn spenuh hati..memang rugi la kalau sape tak baca sebab ini bukan sekadar novel cinta biasa, tetapi juga novel yang membawa kita kepada cinta Yang Maha Esa, Rabb yang menguasai hak cinta itu sndiri. Semoga kita semua diberkati oleh Allah.



"Mati Itu Pasti... Hidup InsyaAllah..."



" Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia,sejalan nafas melangkah ke hujung " ..kau bagaikan puteri...*******

Saturday, September 19, 2009

My Idol~Stevie G

......................................................................................................

Steven Gerrard Biography



Steven Gerrard was born on 30th May, 1980 in Whiston, Merseyside. The town is about 8 kms to the east of the city of Liverpool. He was brought up in neighbouring Huyton and spent his childhood there.




Gerrard or Stevie G as he is called, is a natural central midfielder who can play in other positions with equal aplomb. He loves to make darting runs from the centre of the park into the striking area and his long range passing and shooting, coupled with his tackling ability makes him a player every manager would love to have in their side.



Gerrard attended the Cardinal Heenan Catholic high school in West Derby, Liverpool. Unlike Michael Owen, Robbie Fowler, Jamie Carragher and other famous Liverpool players who were childhood Everton fans, Gerrard was a Kopite from the beginning and joined his beloved club as a trainee when he was a school boy. He rose through the ranks quickly and made his debut as a substitute for Norwegian Vegard Heggem against Blackburn on 30th November 1998. His first full debut came against Celta Vigo in the UEFA Cup and his performance that night was a definite indicator that the lad was destined for stardom.




He made his first appearance in England colours against Ukraine at Wembley in May 2000 and has been an integral part of the English squad ever since. His first goal for England was a rasping 25 yard shot which gave Oliver Kahn no chance, in the famous 5-1 demolition of Germany in September 2001. His career was plagued by injuries in that period though, and he missed the 2002 World Cup in Korea and Japan with a groin injury.




He was given the captain's armband first in October 2003 by Gerard Houllier and has captained the Reds regularly ever since. He wears the No.8 jersey for the Reds and No.4 for England. He first captained England against Sweden in 2004, and led the side five times in 2007. When Steve McLaren took over from Sven Goran Eriksson in August 2006, he named Gerrard vice captain of the national team.A leader par excellence, the man gives nothing less than 100% when he is on the pitch. Fans voted him the " Nationwide Player of the Year '' in 2007.




Gerrard has scored in nearly every major final that he has appeared in for Liverpool, proving that he is somebody to be relied upon in big match occasions. Prominent among them is the headed goal against AC Milan in the Champions League final in 2005, which kickstarted Liverpool's amazing comeback and the last minute stunning 35 yard equaliser against West Ham in the FA Cup 2006 Final. He was also on the scoresheet in the 2001 UEFA Cup final against Alaves and the 2003 League Cup final against arch rivals Manchester United. He is also remembered for his crucial 25 yard strike against Olympiakos in the Champions League which assured the Reds of a place in the last 16 of Europe's most prestigious club competition. While Ian Rush still holds most of Liverpool's scoring records, Gerrard is the club's highest scorer in Europe.




Considered as Liverpool's prized asset by many, Gerrard is the pivot around which the Merseysiders revolve and his combination with Fernando Torres saw the latter score over 20 goals in his debut season . Given his versatility and consistency, it comes as no surprise that he is regarded as one of the best midfielders ever to grace the football pitch. Liverpool chief executive Rick Parry has even stated his desire to keep Gerrard lifelong at Anfield. He is currently contracted to the Reds till 2011.




Gerrard has won several awards - the PFA young player of the year in 2001, the most valuable player in the Champions League in 2004-05 and PFA player of the year in 2006 (ahead of the likes of Frank Lampard and Thierry Henry). He came third behind Ronaldinho and Lampard in the poll for the prestigious Ballon D'Or (European Footballer of the Year) in 2005. In December 2006, he was made a Member of the Order of the British Empire ( MBE) in recognition of his services to the game. In the last five seasons, he has never failed to make it to the PFA Team of the Year.





He married Alex Curran on June 16, 2007, and the couple have two daughters, Lily-Ella(has same birthday with me,23 Feb) and Lexie.



............................................................................................................................................................................................................

Steven Gerrard Awards & Honors:

UEFA Cup (2001)
UEFA Champions League (2005)
European Super Cup (2005)
English League Cup (2001, 2003)

English FA Cup (2001, 2006)
English FA Community Shield (2006)
English League Young Footballer of the Year (2001)

UEFA Club Footballer of the Year (2005)

Tuesday, August 25, 2009

tekang aku,,


bodo liverpo0l klh..3-1 lop tu..men pe bdk dajoh 1
taik kucing nguh..da la kat anfield..31 unbeaten home rekod hncus
pasing cam org pose j..xr0k lasum(xsahur gane??)..tenang apah
ak dahu nk kbo nde..nk carut kn,,mkir gop ni bulan pose
huh!!
arap koho molek a next match..klu dop beng arap a nk mng liga
chaw...

wtf_YNWA

Friday, July 10, 2009

ASAT dan Ihtifal




My Aktivity:

19 JUN 2009 (Jumaat):

Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat daerah K.Terengganu

-Bola Sepak ~No. 3

25-28 JUN 2009 (Khamis-Ahad):

Ihtifal SMKA ke-11 peringkat kebangsaan, N9.

-Kuiz B.Arab ~Separuh Akhir

30 JUN 2009 (Selasa):

Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat daerah K.Terengganu

-Paintball ~No. 1

2-4 JULAI 2009 (Khamis-Sabtu):

Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat negeri Terengganu

-Paintball ~No. 3

Tuesday, June 9, 2009

Lonely Road ~ TRJA



This would’ve been posted during the downtime, but alas, there are sometimes things out of our control. This is the second album by the Red Jumpsuit Apparatus, a Florida rock band whose last album went platinum based on the international hit “Face Down”. The lead single, “You Better Pray” is already making waves on the alternative charts, so the chances of another success seem pretty high.



Jacksonville, FL rockers THE RED JUMPSUIT APPARATUS unleash their Howard Benson-produced (Daughtry, Seether, All-American Rejects) sophomore album, LONELY ROAD. It is the eagerly-anticipated follow-up to Don’t You Fake It, their Platinum-selling breakthrough debut featuring smash single, ‘Face Down.’



With LONELY ROAD, RJA has created a diverse, stunning rock record that is a huge artistic step forward for the band. Led by the blistering first single, ‘You Better Pray,’ the album forces listeners to stand up and take notice. With songs ranging from the sprawling title track, evocative of Temple of the Dog to the gorgeous, almost do-wopinfluenced ‘Believe’ to the more signature, RJA-sounding ‘Pen and Paper,’ Lonely Road is an album that is certain to establish the band as one of the biggest rock bands in the world.



Track Listing:



1. You Better Pray


2. No Spell


3. Pen and Paper


4. Represent


5. Pull Me Back


6. Step Right Up


7. Believe


8. Pleads and Postcards


9. Lonely Road


10. Senioritis


11. Godspeed



Download Link:http://www.uploadjockey.com/redirect.php?url=aHR0cDovL3d3dy5lYXN5LXNoYXJlLmNvbS8xOTAzNDI2MzI2LzQzNjAxVGhlLlJlZC5KdW1wc3VpdC5BcHBhcmF0dXMuTG9uZWx5LlJvYWQuMjAwOS5SVEIucmFyJmtleT0yODkzMDUyJnJlZj0=

Monday, June 8, 2009

Thursday, May 7, 2009

Kem Terjahan Minda SpM 09..


-----------------------------------Campfire!!!---------------------------------

------------------------------Lpas abeh BBQ!!!------------------------------


-------------------------------Kepah yg dkutip abu-------------------------


---------------------Mandi pntai weyh...adop kls mse ne-----------------


---------------------------------Muke kene seksa----------------------------





----------------------------------Sian abu---------------------------------


-------------------------------Sheikh ampir2 pgsan-----------------------

-----------------------------no komen---------------------------------

Thursday, March 19, 2009

Astro..(parok ngat yed,,abu,,cokey)


Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc.




Astro memulakan siarannya pada 1996 menggunakan satelit MEASAT-1 yang hanya menawarkan 22 saluran televisyen dan 8 saluran radio. Kini, Astro menawarkan lebih 80 saluran televisyen, 17 saluran radio, dan 4 saluran Pay-Per-View (PPV) di samping perkhidmatan interaktif. Astro juga menawarkan keenam-enam saluran terestrial tempatan (RTM1, RTM2, TV3, NTV7, TV9 dan 8TV) dan juga menyediakan pilihan saluran televisyen antarabangsa kepada penonton. Syarikat subsidiari Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, mempunyai lesen eksklusif selama 20 tahun untuk penyiaran satelit terus-ke-rumah di Malaysia.



Astro sehingga kini dilarang oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia untuk menambah jumlah salurannya jika Astro tidak berpindah ke bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Astro asalnya ditubuhkan di bawah Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988, namun kedua-dua akta itu telah dimansuhkan oleh akta baru itu pada 1998.




Astro juga digesa meningkatkan mutu perkhidmatannya berkaitan dengan gangguan siaran ketika cuaca buruk, ketidakseriusan pihak Astro untuk melayan aduan pelanggannya juga tiadanya tindakan serta merta atau tindakan selanjutnya dari Astro jika gangguan teknikal penerimaan siaran berlaku serta bayaran RM10-RM50 untuk kerja-kerja pembaikan penerimaan siaran atau alat penerima siaran yang tidak logik dan sepatutnya; dan jumlah bayaran yang dikenakan terhadap pakej-pakej yang ditawarkan dengan kadar yang tinggi serta tidak munasabah. Astro kini diberi tempoh sehingga Disember 2008 untuk berpindah ke Akta Komunikasi dan Multimedia, dan menangani dan memperbaiki segala isu-isu berbangkit dengan sewajarnya.




Pada Januari 2007, perkhidmatan ini mempunyai 2.015 juta pelanggan tetap Astro. Dalam kata lain, 36.5% penduduk Malaysia memiliki set televisyen perkhidmatan Astro di rumah masing-masing.


Tahun 2006, Indeks Media Nielsen menunjukkan Astro Wah Lai Toi (saluran 311) dan Astro Ria (saluran 104) mempunyai penonton tertinggi (satelit berbayar), yang ditonton 28% penontonnya ialah dewasa.


Pada tahun 2007, Astro menguasai lebih kurang 29% penonton Malaysia, di tempat kedua di belakang Media Prima yang meraih kira-kira 54% penonton. RTM milik kerajaan pula di tempat ketiga dengan 17% pasaran.




Friday, March 6, 2009

The World's Billionaires (atas dunia je)

After 13 years on top, Bill Gates is no longer the richest man in the world. That honor now belongs to his friend and sometimes bridge partner Warren Buffett.

Riding the surging price of Berkshire Hathaway stock, Buffett has seen his fortune swell to an estimated $62 billion, up $10 billion from a year ago.

Gates is now worth $58 billion and is ranked third richest in the world. He is up $2 billion from a year ago, but would have been as rich--or richer--than Buffett, had Microsoft not made an unsolicited bid for Yahoo! at the beginning of February. Mexican telecom mogul Carlos Slim HelĂș now ranks as the world's second richest person with a net worth of $60 billion.

THE BILLIONAIRES:

1. Warren Buffett 62.0 B
2. Carlos Slim Helu 60.0 B
3. William Gates III 58.0 B
4. Lakshmi Mittal 45.0 B
5. Mukesh Ambani 43.0 B
6. Anil Ambani 42.0 B
7. Ingvar Kamprad 31.0 B
8. KP Singh 30.0 B
9. Oleg Deripaska 28.0 B
10. Karl Albrecht 27.0 B
11. Li Ka-shing 26.5 B
12. Sheldon Adelson 26.0 B
13. Bernard Arnault 25.5 B
14. Lawrence Ellison 25.0 B
15. Roman Abramovich 23.5 B
16. Theo Albrecht 23.0 B
17. Liliane Bettencourt 22.9 B
18. Alexei Mordashov 21.2 B
19. Prince Alwaleed 21.0 B
20. Mikhail Fridman 20.8 B

source from: forbes

Saturday, February 21, 2009

Kata2 Org Bijak2..

"When you sit with a nice girl for two hours, it seems like two minutes. When you sit on a hot stove for two minutes, it seems like two hours that's relativity." -- Albert Einstein

It's not the mountain we conquer but ourselves
-Edmund Hillary

“Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars.”
- Brian Littrell

There is no success but your own success.
-Leslie Grimutter

If A equals success, then the formula is _ A = _ X + _ Y + _ Z. _ X is work. _ Y is play. _ Z is keep your mouth shut. -- Albert Einstein

"Chase your passion, not your pension."
-Denis Waitley

"Whatever you're ready for is ready for you."
-Mark Victor Hansen

"We've got to have a dream if we are going to make a dream come true."
-Denis Waitley

"I know not with what weapons World War III will be fought, but World War IV will be fought with sticks and stones." -- Albert Einstein

"The one without dreams is the one without wings."
-Muhammad Ali

“The only true wisdom is in knowing you know nothing.” -Socrates

The hardest thing in the world to understand is the income tax. -- Albert Einstein

"The journey of a thousand miles must begin with a single step."
-Lao Tzu

Life is full of endings, but every ending is a new beginning

"A good plan today is better than a great plan tomorrow."
-George S. Patton

Imagination is more important than knowledge. -- Albert Einstein

"You'll never walk alone". -Bill Shankly

"If the facts don't fit the theory, change the facts." --Albert Einstein

“I know that I am intelligent, because I know that I know nothing.” - Socrates

Saturday, February 14, 2009

Kesempatan Terakhir

I

"Apa kena kamu ni ,Shamsul? Result makin teruk,papa tengok kamu asyik memerap aje dalam bilik tu.Tidur aje kamu tahu!"

"Tapi papa..."
"Menjawab!Menjawab!Pang!"Satu tamparan singgah di pipiku,berbekas di hati.

II

"Shamsul,cikgu bukan nak marah kamu,tapi kalau asyik gagal je, cikgu pun tak tau nak buat apa lagi dengan kamu. Cuba kamu jadi macam si Fawwaz tu,kamu tak nak jadi macam dia?"

III

"Sham,aku rasa lebih baik kau baik-baik sikit,SPM tak lama lagi tau.Kau asyik fail aje ni.Usaha la lebih sikit…"

IV

Satu demi satu adegan yang berlaku siang tadi ditayangkan semula dalam pawagam mindaku.Ini bukan kali pertama drama ini dilakonkan, dan aku pasti,bukannya untuk kali yang terakhir. Bukan kehendakku,bahkan aku memang tidak mahu episod drama yang sama ditayangkan berulang-ulangkali.Bahkan plotnya sama cuma kali ini endingnya agak tragik.Tamparan dari papa tadi mematikan segala harapanku.Sisa-sisa semangat perjuanganku turut lenyap bersama tamparan tersebut.Aku tidak menduga, insan yang paling memahami diriku turut bertindak demikian.

"Kenapa otak aku ni lembab sangat?Kenapalah aku tak sepandai Fawwaz?

Kenapa orang lain hanya nak menyalahkan aku?Dia orang tak tahu sejak aku gagal 5 subjek tahun lepas aku sentiasa berusaha.Tapi aku tetap gagal.Bahkan keputusan aku makin teruk.Aku belajar.Aku tumpukan perhatian.

Kalau betul aku bodoh,kenapa waktu PMR dulu aku skor?Kenapa sekarang aku tak boleh skor?SPM bulan depan je. Bodoh ke aku?

Menyesal aku terima pujukan cikgu suruh aku masuk aliran sains lepas PMR dulu.Kenapa aku di tingkatan 3 dulu jadi top-student ,pelajar harapan guru,tapi sekarang semua guru pandang rendah aku.Hina aku.Kawan-kawan pun sama.Tak ada seorang pun nak tanya apa masalah aku.Papa pun dah mula kecewa.Dulu dia yang memberi semangat supaya aku terus belajar.

"Haaah!!!Aku memang tak guna."

Aku bangkit longlai menuju ke satu-satunya cermin muka di dalam bilikku. Peralatan elektronikku yang canggih-canggih langsung tidak menarik perhatianku,sudah lama aku tidak berchatting dengan komputer.Playstation di bawah katil itu pun sudah berdebu.Sebaliknya, sejak melalui peristiwa malang itu,(gagal dalam peperiksaan), cermin itulah yang menjadi temanku bercanda.Yang sudi mendengar rintihanku.

Wajah cengkung di cermin itu kutenung sedalam-dalamnya. Shamsul sekarang bukan Shamsul yang dulu.Gelak tawa telah lama meninggalkanku.Hatiku sudah beku.Aku sudah lupa bilakah kali terakhir, bahagia berkunjung ke hatiku. Bagaimanakah perasaan tu? Rindu. Sayu mengenangkan diriku.

"Cermin,kalau kau berakal,barangkali kau pun akan meninggalkan aku,"sinis nadaku.

"Betulkah aku ni bodoh?Lihatlah kulitku yang pucat ni?Tak ada siapa pun yang sedar?Tengoklah Fizik?Kimia?Bio?Pengajian Kejuruteraan?Add. Math?"

Meliar mataku merenung sesusuk tubuh yang kurus kering di sebalik cermin itu.Tiba-tiba,mataku tertancap pada mata pisau cukur yang terletak di tepi cermin itu.

Pisau.” Tajam”.

Desis hatiku.Aku teringat parut lukaku yang masih ada sehingga kini akibat bermain dengan pisau cukur papa sewaktu tadika.”Ya”. Mungkin aku perlu melakukan sesuatu supaya dihargai.Supaya mereka mengerti dunia ini memang kejam. Zalim.Zalim!

Pisau cukur itu kini sudah bermain di tanganku.Kutelek mata gillette pisau itu. Berkilat dipanah cahaya lampu bilikku.

"Jangan!Jangan buat kerja bodoh.Kau masih muda.Kau masih boleh berjaya.

Ramai orang berjaya ketika tua.Boon Siew tak pandai membaca tapi menjadi pengedar motosikal terbesar negara.Lim Goh Tong bukannya genius,manusia terkaya di Malaysia. Ustaz kan dah pesan membunuh diri,haram.Tak masuk syurga.Macam mana papa kau,Mama kau? Kau tak kesian kat diorang? Kau kan anak tunggal mereka.Kawan-kawan kau?"Imanku menghalang.

Namun,naluriku berkeras.Aku mesti ajar dunia ni.Biar dunia ni sedar harga diri manusia,supaya tak ada remaja lain melalui pengalaman seperti aku.Apa ertinya aku masih muda, jika umurku hanya dihabiskan untuk menerima kutukan,hinaan dan pandangan yang menyakitkan hati.Mana ada orang yang berjaya kalau bodoh zaman millenium ni.Boon Siew dan Goh Tong tu dah tua.Mereka bermula waktu papa dan mama masih berlampin.Mereka dah tak relevan.Biarlah aku tak masuk syurga pun.Dunia ni pun dah macam neraka.

"Ahhhhhhhhhhhh!Sakitttttttttt!!Mamaaaaaaaaaa!!!!!!Papaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

"lantang jeritanku tatkala mata pisau menghiris mata uratku.Darah dari tangan kiriku membasahi baju Melayu unguku ,permaidani turki kamarku turut dicemari darahku. Pisau cukur yang tadinya ku genggam terlepas ke lantai.

"Astaghfirullahalazimm.Apa dah jadi ni,Sham. Shamsul!Abang!Abang tengok anak kita ni!"

"Ya Allah.Ina .Panggil ambulan lekas!"cemas suara ayahku mengetuk gegendang telingaku,sambil tangan papaku lembut memangku kepalaku.

Pandanganku jadi berpinar-berpinar dan gelap tiba-tiba. Bisa luka di pergelangan tanganku,tidak lagi terasa…

Tiba-tiba,aku celik semula.Aku dapat melihat papa dan mama yang tidak keruan, riuh-rendah jiran yang mula mendaki tangga rumahku turut kedengaran.Tiba-tiba mataku menangkap kehadiran seorang lelaki berpakaian serba hitam.Dia tersenyum ke arahku. Walaupun senyuman itu tawar hambar tapi itulah senyuman pertama untukku dalam dua tahun ini.Akhirnya…

"Bagus.Shamsul,kau tidak mengecewakan.Akhirnya,kau berjaya menyedarkan dunia mengenai falsafah kau.

"Sejurus selepas itu tiba pula seorang pemuda berjubah putih.Walaupun kacak,tapi mukanya masam.Lelaki berpakaian hitam itu hilang tiba-tiba.

"Puas hati kau?Lihat apa kau dah buat?Kau tahu tak kau dah berdosa? Aku harap iika kau di beri kesempatan kedua,insaflah!"kasar bunyinya.

Aku dah bosan mendengar nasihat hipokrit seperti itu.Tiada bezanya.Ramai orang yang berpura-pura mengambil berat tentang diriku sedangkan pada masa yang sama mendera aku.Kejadian ini disebabkan mereka. Bahkan, mereka masih belum sedar.

Aku dapat melihat jasadku diusung oleh paramedik ke dalam ambulans.Papa dan mama mengiringi jasadku.Jiran-jiran yang hadir mengeleng-geleng.Aku melihat bilikku sekali lagi.Mungkin buat kali terakhir.Potretku yang tersangkut di dinding kutatap sepuasnya.

V

Di hospital,para doktor menerpa ke arah jasadku.Pelbagai jenis tiub yang disambung ke pelbagai jenis beg yang bewarna-warni dicucuk ke lenganku.Akhirnya, jasadku diletakkan di dalam bilik Unit Rawatan Rapi.Doktor pula berjalan perlahan ke arah ibu bapaku yang sudah kegelisahan.

"Bagaimana doktor.bagaimana anak kami?"Papaku menggesa.

"Well,saya harap tuan dan puan dapat bersabar.Kami dah cuba sedaya upaya tapi ingatlah Tuhan Maha Berkuasa..." kata-katanya terhenti dengan raungan mamaku.

Papaku turut mengalirkan air mata lelakinya.

"Sabar dulu,puan.Saya belum habis lagi.Buat masa ini,dia masih stabil tapi kritikal. Kami telah letakkan dia ke dalam ICU ,seperti yang saya katakan tadi,kita hanya mampu berserah dan berdoa.This next 24 hours will be vital to his life.Let's pray.Jika tuan dan puan ingin melawat dia,saya beri 5 minit and after this dia tidak lagi dibenarkan menerima pelawat."

Doktor tadi membawa papa dan mama melawat jasadku.

"Sham,maafkan papa Sham.Papa tak berhasrat nak berkasar dengan Sham, cuma papa emosional tadi.Sham tahukan,Sham satu-satunya anak papa.Papa terlupa semua kejayaan Sham selama ni,papa cuma nampak kegagalan Sham 2 tahun kebelakangan ni.I fail to be a good father.Maafkan papa,Sham."

"Mama tak tau nak cakap apa,Sham.Mama nak Sham pulih cepat dan kita akan mula kembali hidup kita.Mama tak sangka anak mama yang mama anggap berani sepengecut ini. Tapi percayalah,jangan tinggalkan mama.Mama tahu Sham pasti boleh." esakan mamaku sambil mengusap tanganku,matanya menitiskan air jernih di pipiku.

Doktor muda yang memerhati sejak tadi memecahkan suasana bening bilik rawatanku."Tuan-puan,dia masih koma. Dia perlu berehat.Tuan,puan pun perlu berehat."

VI

Tiba-tiba datang seorang tua berpakaian serba putih ke arahku.Jernih wajahnya, senyuman tidak lekang terlukis di bibirnya.

"Assalamualaikum,Shamsul.Apa khabar?"

"Waalaikumsalam,entahlah pak cik,saya pun tak tahu.Kadang-kadang saya gembira saya buat keputusan yang betul,tapi menyesal pun ada juga"

"Sebenarnya,bukan salah kamu,bukan salah sesiapa.Dunia memang begitu, sekejap siang,sekejap malam.Kamu cuma tidak dibimbing secukupnya."

"Lihatlah pakcik,semua orang menyalahkan saya jika result saya teruk.Mereka tak tahu saya study sepenuh hati,tapi masih gagal.Mereka bukannya mahu membantu, tapi cuma menyusahkan saya.Mereka tak mengambil berat tentang saya langsung.Maklumlah,saya bodoh."

"Jangan cakap begitu ,Sham.Siapa kata mereka tidak sayangkan Sham,lihatlah papa dan mama Sham tadi.Siang nanti lihatlah guru-guru dan rakan-rakan Sham datang melawat Sham.Mereka semua memerlukan Sham.Sham bukan bodoh,Sham cuma tidak belajar dengan teknik yang betul.Mereka pula tidak membimbing,Sham.Itu satu-satunya kesalahan mereka.Sham tak mahu maafkan mereka?"

"Ahh!Dahlah sekolah exam-oriented,mereka pula beri kritikan membunuh.Siapa yang boleh tahan pak cik?"

"Memang sistem pendidikan kita exam-oriented , tapi itu untuk kebaikan kita sendiri. Supaya kita dapat mengenal diri kita.Memang fitrahnya manusia hanya menyukai kebaikan kerana itulah kita lazimnya keseorangan apabila bersedih.Memang tabii manusia bersikap kasar terhadap mereka yang dianggap lebih rendah darjatnya dari mereka.Itu hukum alam,Sham.Terimalah...Berdoalah agar Allah memberi Sham kesempatan kedua Sham.Subuh dah hampir tiba.Pak Cik minta diri dulu. Assalamualaikum."

Akhirnya,aku ditinggalkan keseorangan menatap jasadku yang terkujur.Mindaku masih cuba menghadam nasihat lembut pak cik yang baru bertandang sebentar tadi. Aku cuba menghazafkan segala memori pahit dari otakku.

Ketibaan rakan-rakan,dan guru-guruku beserta dengan linangan air mata.Benar kata pak cik tadi,mereka masih sayangkan aku.

"Maafkan cikgu, Sham.Cikgu bukan nak membandingkan anak-anak murid cikgu Tapi,cikgu yakin kamu semua sama pandai, sama hebat seperti mereka yang berjaya , kerana kamu semua sama."

"Sham.Kami semua sahabatmu dunia akhirat.Kau tidak berkongsi masalahmu dengan kami.Kami mahu membantumu, tapi mungkin kami terlalai dengan agenda kami sendiri.Maafkan kami,Sham.Pulihlah sebelum SPM supaya kita boleh begembira bersama-sama ketika mengambil result nanti,Sham."

Papa dan mamaku tidak terkata apa-apa.

VII

"Ya Allah!Aku pohon padamu,berikan aku kesempatan kedua,ya Allah.Aku berdosa!Aku berdosa, Ya Allah"

"Allahuakbar.Allahuakbar."

Laungan azan asar dari masjid berdekatan mendiamkan tangisan pelawat jasadku. Pak Cik berpakaian serba putih datang lagi.Tersenyum…

"Haiya alal falahhh,"

Dada jasadku mula berombak.Doktor dipanggil masuk.Terlatih dan cekap. Stetoskop diacukan kedadaku.Tangannya diletakkan di leherku.

"Shamsul,Allah memperkenankan doamu.Kau diberi kesempatan kedua. Mengucaplah sementara kau diberi peluang.Allah,Maha Pengampun.Shamsul.Mari ikut Pak Cik, Sudah ketetapan di Loh Mahfuz.Tempatmu bukan lagi di sini."

"La ila ha illallah"

Pasrah dengan qada dan qadar Illahi aku mengikut Pak Cik berbaju putih.Serentak dengan itu dada jasadku berhenti berombak.Doktor tertunduk.Raungan menggema ruangan bilik.

Papa,mama,cikgu,kawan-kawan, maafkan Sham.Sham sayangkan semua.

Source from: Malakat92.com

Saturday, January 24, 2009

History of Liverpo0l FC..YNWA

Liverpool ditubuhkan kesan daripada pertikaian antara Everton FC dengan pemilik gelanggang mereka, Anfield pada tahun 1892. Pertikaian tersebut menyaksikan hampir kesemua Evertonians meninggalkan Anfield dan menubuhkan gelanggang mereka sendiri di kawasan berhampiran, Goodison Park. Selepas itu, pemilik tanah di Anfield, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri, yang pada mulanya dipanggil Liverpool Association FC pada bulan Mac tahun 1892.


Kini, Liverpool F.C. (biasanya dipanggil sebagai Liverpool sahaja) adalah sebuah kelab bola sepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat Laut di England.



Liverpool telah menjadi kelab bola sepak paling berjaya di England setelah memenangi kejuaraan liga sebanyak 18 kali. Asas kepada kejayaan mereka tanpa ragu dirujuk kepada Bill Shankly, pengurus Liverpool, yang ketika itu beraksi di divisyen dua pada tahun 1959. Setelah meraih kenaikan pada tahun 1962, Shankly telah membawa The Reds merangkul kejuaraan liga sebanyak 3 kali, 2 Piala FA dan trofi Eropah mereka yang pertama, Piala UEFA sebelum menyerahkan rejim pengurusan kepada Bob Paisley pada tahun 1974 selepas 15 tahun menerajui Liverpool.


Paisley membawa kejayaan lebih gemilang apabila Liverpool mendominasi persada bola sepak pada lewat 1970-an dan awal 1980-an. Begitu pun pencapaian terbaiknya adalah di saingan Eropah, sewaktu Liverpool merampas semula Piala UEFA tahun 1976 sebelum menjadi pasukan Inggeris kedua yang menjuarai Piala Eropah berturut-turut, menewaskan Borussia Moenchengladbach 3-1 pada 1977.



Ia menjadi titik permulaan kepada tempoh dominasi pasukan Inggeris dalam kejohanan ini dengan Liverpool sendiri meraih 3 lagi kejuaraan pada tahun-tahun berikutnya. Kenny Dalglish membawa kelab mencatatkan kejuaraan berganda pada tahun 1986 dan kekal bersama kelab sehinggalah dia meletak jawatan pada tahun 1991. Tahun berikutnya menjadi permulaan hambar Liverpool dalam beberapa musim, namun mereka masih mampu menjuarai dua kejuaraan piala peringkat domestik sepanjang tempoh tersebut.



Roy Evans meneruskan tradisi "Bootroom" apabila dia mengambil alih jawatan pengurus daripada Graeme Souness pada tahun 1994, dan dia telah membina sebuah pasukan muda yang berbakat, namun mereka berterusan membuat pencapaian di bawah tahap sebenar, menyebabkan pasukan menerima gelaran "Spice Boys" kerana jersi yang menyilau serta persembahan dahsyat mereka ketika kekalahan di tangan Manchester United dalam final Piala FA tahun 1995. Tahun 1998 menyaksikan Evans menerima bantuan daripada jurulatih Perancis, Gerard Houllier untuk menjadi pengurus bersama dalam tempoh yang agak singkat kerana Evans membuat keputusan meletak jawatan, meninggalkan Houllier bertugas sendirian.



Houllier memberikan inspirasi kepada The Reds untuk memenangi treble, merangkul Piala FA, Piala Liga dan Piala UEFA dalam musim 2000/2001. Satu lagi kejuaraan Piala Liga menyusul pada tahun 2003, namun kegagalan memberikan tentangan sengit dalam usaha merangkul kejuaraan utama telah menyebabkan pengurus ini hilang jawatannya pada musim panas tahun 2004. Pengurus dari Sepanyol, Rafael Benitez masuk menggantikan Houllier dan dalam musim pertamanya, Benitez membawa The Reds meraih semula penghormatan di peringkat Eropah dengan kemenangan dramatik di final Liga Juara-juara Eropah mengalahkan AC Milan pada tahun 2005.


Dalam tahun 2005-06, Liverpool mengumpul 82 mata, jumlah mata paling tinggi dikumpul oleh Liverpool sejak permulaan Liga Perdana. Liverpool juga menang Piala F.A. selepas menewaskan West Ham juga dengan sepakan penalti.


Tahun 2006-07 menyaksikan Liverpool kembali berjaya ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah dan sekali lagi menentang AC Milan yang berjaya ke pusingan akhir setelah membenam Manchester United dengan argregat 5-3. AC Milan dijangka akan cuba untuk membalas dendam kekalahan mereka 2 tahun lalu, yang menyaksi Liverpool memenangi Piala Eropah di malam perlawanan paling hebat di dalam sejarah Piala Eropah. Final Piala Juara Juara Eropah yang berlangsung di Athen itu dimenangi oleh pasukan A.C milan dengan jaringan 2-1. Kedua dua gol Ac Milan dijaringkan oleh Fillipo Inzaghi dan Dirk Kuyt menjaringkan satu gol untuk Liverpool.